Categorized | makanan seimbang

Makanan seimbang tidak bermakna tidak sedap!

Ok hari ini saya nak bercerita sedikit mengenai makanan seimbang dan rasa makanan tersebut. Ada dikalangan kita menganggap makanan seimbang adalah makanan yang tidak sedap dari segi rasanya,namun sebenarnya anggapan ini adalah salah kerana makanan seimbang juga boleh diolah untuk menjadi lebih sedap dan lazat. Ingat konsep makanan seimbang adalah mengikut panduan piramid makanan dan jika dilihat penggunaan gula,garam dan minyak perlu dikurangkan.

Penggunaan gula dan garam boleh dikurangkan dengan penggunaan bahan-bahan natural contohnya penggunaan buah-buahan,herba yang akan membantu menaikkan rasa manis dan masin. Adalah penting untuk kita kreatif dalam mengolah masakan kita agar rasanya lebih menarik.

Selain itu penggunaan minyak juga boleh diminimakan dengan cara masakan yang lebih sedap contohnya memanggang atau menggunakan alatan menggoreng yang tidak memerlukan minyak yang banyak. Biasanya ayam,daging dan sumber protein lain mempunyai kandungan lemak dan penggunaan alatan memasak tanpa minyak akan membantu dalam mengurangkan penggunaan minyak.

Jadi siapa kata makanan seimbang tidak sedap?Kita boleh cuba mengubah dari sekarang untuk menjadikan makanan kita lebih seimbang dan akan menghasilkan kualiti kesihatan yang lebih baik

 

.

 

Comments

comments

Leave a Reply

twitter

Error: Twitter did not respond. Please wait a few minutes and refresh this page.

Apa yang best

PING BUSUK


Hit Counter provided by Los Angeles SEO Company